Untuk merealisasikan revolusi ini, terdapat 9 tonggak utama dalam membangunkan teknologi ke arah pembaharuan dan lebih pintar;
Robotik Autonomi (Autonomous Robot)
Penggunaan robot dalam pembuatan bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan teknologi terkini kemajuan dalam penciptaan robot akan menjadi lebih autonomi, fleksibel dan berkeupayaan untuk menangani tugas rumit mahupun operasi seharian. Mereka boleh dipantau dan dikendalikan dari jauh dan diprogramkan untuk wujud bersama dan beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia.
Simulasi (Digital Twin)
Sistem simulasi akan lebih dibangunkan untuk bersifat ‘real-time’ samada dalam penggunaan mesin , penciptaan objek maya manusia ataupun produk. Sekaligus akan mengoptimumkan kendalian program dibawah pengawasan, mengurangkan potensi masalah yang bakal berlaku dan menjimatkan masa serta tenaga kerja.
Teknologi awan (Cloud computing)
Banyak syarikat telah pun melaksanakan teknologi ini dan akan terus ditambah baik potensi dalam penyimpanan data di Industri 4.0 kerana kebanyakannya seperti Digital Twin dan Internet of Things memerlukan perkongsian data di seluruh mesin, tapak dan sempadan syarikat. Dengan peningkatan teknologi awan, lebih banyak mesin dan data pengeluaran akan dikerahkan ke awan yang akan menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik dan memastikan keberadaan data pada bila bila masa sahaja.
Integrasi Sistem
Walaupun sistem IT hari ini jauh daripada terintegrasi sepenuhnya, dengan Industri 4.0, syarikat, jabatan, fungsi, pembekal dan pelanggan akan menjadi lebih kohesif dan bersambung. Dengan integrasi sistem mendatar dan menegak, maklumat dan pengetahuan akan dapat berjalan lancar melalui keseluruhan rangkaian bekalan dan meningkatkan kerjasama antara industri R & D , pihak pengeluaran, pelanggan dan pembekal. Ini bermaksud, segala yang berkaitan akan bersambung untuk memudahkan urusan pihak tertentu dan mencapai objektif kelancaran sistem pengeluaran.
Industri Teknologi Peranti Pintar (Internet of things)
Ia boleh dihuraikan sebagai rangkaian peranti yang mempunyai kecerdasan tersendiri, yang membolehkan komunikasi antara mesin atau peranti. Ia menggabungkan pembelajaran mesin, teknologi big data, data sensor, mesin untuk komunikasi dan teknologi automasi. Berbanding manusia, mesin pintar yang terhubung dapat mengumpul dan memproses set data yang besar dengan lebih tepat dan konsisten.
Sekuriti Siber
Dengan peningkatan teknologi rangkaian, risiko ancaman siber dan serangan siber juga akan meningkat. Oleh itu, adalah penting setiap syarikat untuk memberi tumpuan kepada keselamatan siber dan mengetahui bagaimana mereka boleh melindungi data mereka dan meminimumkan risiko yang berkaitan.
Pembuatan Additif (Percetakan 3D)
Pembuatan bahan tambahan Industri 4.0 seperti percetakan 3D akan digunakan untuk menghasilkan produk berbingkai yang lebih kecil mengikut kesesuaian dengan berat yang ringan atau reka bentuk kompleks, prototaip dan banyak lagi.
Realiti Maya (Augmented Reality)
Industri ini akan memainkan peranan penting dalam industri 4.0, kerana ia dapat membantu menyediakan maklumat visual yang tepat dalam masa yang tepat kepada orang yang tepat dan di tempat yang tepat.Penyelesaian ini boleh digunakan dengan peranti handhold seperti telefon pintar dan tablet, atau bersepadu dalam produk seperti cermin mata atau lain-lain. Teknologi ini akan memberikan lebih banyak kelenturan, kesesuaian, peningkatan dan daya saing faktor manusia dan penambahbaikan yang berterusan. Ini juga akan membawa kepada pengurangan kecacatan dalam gerak kerja yang sesuai untuk industri perkhidmatan dan penyelenggaraan, dan mengurangkan potensi ‘error’ dalam melatih teknologi ini kepada pekerja baru.
Analisis data besar (Big data)
Data besar telah menjadi kata kunci popular, yang mungkin anda jumpai selama beberapa tahun ini. Syarikat-syarikat telah mula mengumpul dan menganalisis set data besar dengan niat untuk mengoptimumkan kualiti pengeluaran, penjimatan tenaga, mengurangkan kos pengeluaran dan lain-lain. Dengan peningkatan bilangan sensor bersepadu ke arah memudahkan pengilangan mesin dan produk, ia akan dapat meningkatkan kuantiti juga kualiti data. Dengan analisis data yang besar, ia akan dapat mengekstrak maklumat berharga daripada set data yang besar dan mencapai perkhidmatan yang lebih baik, meningkatkan kualiti produk dalam masa yang lebih singkat serta mengurangkan kos.
Sumber rujukan:
https://www.weforum.org/about/the-fourth-industrial-revolution-by-klaus-schwab
https://bendahari.ump.edu.my/index.php/en/info-kewangan1/530-revolusi-industri-4-0
